Dasar Privasi dan Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi ("Pernyataan Privasi")

Kemas Kini Terakhir: 22 Jun 2015

Harap maklum bahawa Pernyataan Privasi ini boleh diubah dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Anda dinasihatkan agar kerap menyemak versi yang terkini. Jika terdapat sebarang ketakselarasan atau percanggahan antara versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina bagi Pernyataan privasi ini, versi bahasa Inggeris akan dikekalkan.

1. Dasar Privasi

Ikrar Kami

Kami komited untuk melindungi privasi individu berhubung dengan data peribadi. Kami memastikan bahawa dasar dan amalan kami berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan, penahanan, pemindahan dan akses kepada data peribadi mematuhi keperluan Ordinan Data Peribadi (Privasi) (Bab 486) mengikut undang-undang Hong Kong (“Ordinan”).

Kuki

Apabila anda melawati tapak web kami, kami akan merekodkan lawatan anda sahaja dan tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat boleh dikenal pasti secara peribadi (iaitu maklumat tentang anda dan mengenal pasti diri anda) daripada anda melainkan dalam keadaan sebaliknya yang dinyatakan. Kuki yang digunakan (jika ada) dalam mana-mana bahagian tapak web kami tidak akan dikerahkan untuk mengumpulkan maklumat boleh dikenal pasti secara peribadi. Untuk maklumat anda, Kuki adalah fail komputer kecil yang boleh disimpan dalam komputer pelayar web untuk tujuan mendapatkan maklumat konfigurasi dan menganalisis tabiat tontonan pelayar web. Kuki boleh menjimatkan masa anda daripada mendaftar sekali agi semasa melawat semula sesuatu tapak web dan sering digunakan untuk menjejaki keutamaan anda berhubung dengan isi perkara tapak web tersebut. Anda boleh menolak untuk menerima Kuki (dengan mengubah suai pilihan Internet yang relevan atau keutamaan menyemak imbas sistem komputer anda), tetapi jika anda melakukannya anda tidak boleh menggunakan atau mengaktifkan fungsi tertentu yang tersedia dalam tapak web kami.

Untuk menyediakan khidmat yang lebih pantas dan lebih berkualiti, kami menggunakan teknologi "kuki" dan juga membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan kuki pada Tapak kami. Kami bekerjasama dengan pihak ketiga yang meletakkan kuki pada Tapak kami untuk menyediakan perkhidmatan, termasuk:

Analitik/Ukuran: Kami menggunakan kuki analitik pihak ketiga untuk memperoleh tanggapan tentang cara pelawat kami menggunakan Tapak ini, untuk mengetahui perkara yang berkesan dan tidak berkesan, untuk mengoptimumkan dan meningkatkan tapak web kami serta untuk memastikan kami terus menarik dan relevan. Data kami yang kumpulkan termasuk halaman web yang telah anda lihat, halaman rujukan/keluar yang telah anda masuki dan keluar, platform dan sistem pengendalian yang telah anda gunakan, maklumat cop tarikh dan masa, dan butiran seperti bilangan klik yang telah anda buat pada halaman tertentu, pergerakan dan aktiviti penskrolan tetikus anda, kata carian yang anda gunakan dan teks yang anda taipkan semasa menggunakan Tapak kami. Kami juga menggunakan kuki analitik sebagai sebahagian daripada kempen pengiklanan dalam talian kami untuk mengetahui cara pengguna berinteraksi dengan tapak web kami selepas mereka telah ditunjukkan iklan dalam talian, yang mungkin termasuk iklan di tapak web pihak ketiga.

Tag Piksel Pemasaran Semula: Kami boleh berkongsi maklumat penggunaan tapak web tentang pelawat ke tapak kami dengan syarikat pengiklanan pihak ketiga untuk tujuan mengurus dan menyasarkan iklan serta untuk analisis penyelidikan pasaran di tapak kami dan tapak lain. Untuk tujuan ini, kami dan syarikat pengiklanan pihak ketig kami boleh meletakkan tag piksel (dipanggil juga gif jernih) pada sesetengah halaman yang anda lawati di tapak kami. Kami kemudiannya akan menggunakan maklumat boleh dikenal pasti bukan peribadi yang dikumpulkan menggunakan tag piksel ini untuk menyajikan kepada anda iklan yang relevan semasa anda melawati tapak lain di Internet. Iklan ini mungkin disasarkan kepada carian khusus yang anda jalankan di tapak web hutchgo.com semasa sesi penyemakan imbas yang lebih awal.

Memilih untuk Menolak Kuki: Jika anda ingin memiih untuk keluar daripada kuki penyasaran iklan yang ditetapkan oleh Google dan DoubleClick di tapak kami, sila klik di sini: https://www.google.com/settings/u/0/ads?hl=en.

Jika anda ingin memilih untuk menolak daripada menerima iklan yang diperibadikan daripada pengiklan pihak ketiga dan rangkaian iklan yang merupakan ahli Inisiatif Pengiklanan Rangkaian (NAI) atau yang mematuhi Prinsip Peraturan Kendiri Perikatan Pengiklanan Digital (DAA) untuk Pengiklanan Perlakuan Dalam Talian, sila lawati halaman pilih untuk keluar pada tapak web NAI dan tapak web DAA.

Pengumpulan data peribadi

Adakalanya, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan data peribadi anda termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, jantina, tarikh lahir, nombor dokumen identiti, nombor telefon, nombor faks, alamat pos, alamat e-mel, maklumat kad kredit, nombor bank akaun anda, (secara kolektif “data peribadi”). Keengganan untuk memberikan maklumat tersebut akan menyebabkan anda tidak dibenarkan mengakses bahagian tertentu daripada tapak web kami, atau mungkin menyebabkan kami tidak dapat mengendalikan sebarang penggunaan atau permohonan yang sedang anda buat, atau dalam keadaan sebaliknya mungkin akan menggagalkan objektif lawatan anda. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda memerlukan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum anda memberikan data peribadi anda kepada kami.

Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan

Tujuan khusus data peribadi anda mungkin digunakan telah dinyatakan dalam Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi kami dalam Bahagian 2 di bawah.

Pengekalan Data Perinadi

Semasa anda berurusan dengan kami dan untuk tujuan pengauditan, data peribadi anda dan rekod transaksi anda akan kami simpan dan kekalkan bagi tempoh yang munasabah. Maklumat tersebut akan dipadamkan daripada sistem kami mengikut dasar dalaman kami.

Akses kepada dan Pembetulan Data Peribadi

Mengikut Ordinan, anda mempunyai hak untuk:

  1. menyemak sama ada kami menyimpan mana-mana daripada data peribadi anda;
  2. mengakses data peribadi yang kami simpan;
  3. menghendaki kami membetulkan sebarang data peribadi yang tidak tepat;
  4. memastikan dasar dan amalan kami ditetapkan (dari semasa ke semasa) berhubung dengan data peibadi dan jenis data peribadi yang kami simpan.

Jika anda mahu mengakses dan/atau membetulkan data peribadi yang telah anda berikan kepada kami, atau jika anda mahu memastikan bahawa dasar dan amalan kami berhubung dengan data peribadi serta jenis data peribadi yang kami simpan, sila hubungi Pengurus Khidmat Pelanggan secara bertulis sama ada melalui pos atau e-mel di:

Melalui pos : Hutchison Travel Limited
Unit 1203, 12/F, Two Harbourfront,
22 Tak Fung Street, Hunghom,
Kowloon, Hong Kong

Melalui e-mel:
cs.my@hutchgo.com

Kami akan memberi respons dalam masa 40 hari selepas menerima permohonan. Kami boleh mengenakan bayaran yang berpatutan bagi setiap akses data peribadi. Walau bagaimanapun, bayaran tersebut akan dilepaskan jika akses data tersebut dibuat untuk tujuan membetulkan data peribadi anda.

Keselamatan

Semua data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah selamat pada tapak web kami dengan akses yang terhad oleh kakitangan yang dibenarkan sahaja. Proses pendaftaran dalam talian kami menggunakan pautan protokol SSL untuk penghantaran data untuk melindungi data anda dengan menyulitkannya dalam format yang selamat bagi memastikan privasi data tersebut dipelihara.

2. Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi

Sebagai pelanggan syarikat kami atau sebagai pelawat tapak web kami 1 , anda mungkin perlu memberikan data peribadi anda apabila anda memohon kepada kami dan / atau terus melanggan dengan kami untuk suatu perkhidmatan dan / atau produk. Jika data peribadi anda tidak lengkap atau tidak tepat, kami mungkin tidak dapat memberi atau menyediakan perkhidmatan kepada anda.

Kami akan memastikan data peribadi anda dirahsiakan sepanjang masa. Dasar dan amalan kami berhubung dengan pengumpulan, penggunaan, pengekalan, pendedahan, pemindahan, keselamatn dan akses data peribadi adalah mengikut Ordinan dan Pernyataan Privasi ini.

Kami boleh menggunakan dan mengekalkan data peribadi yang anda berikan kepada kami untuk tujuan yang berikut dan untuk tujuan lain sebagaimana yang mungkin telah dipersetujui antara anda dan kami atau sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dari semasa ke semasa:

  1. Menyediakan Perkhidmatan;
  2. Kami boleh menggunakan data peribadi anda, tertakluk kepada kebenaran anda, untuk memasarkan barangan dan/atau perkhidmatan (terhad kepada: pelancongan dan penginapan, pengangkutan, insurans, perbankan, kad kredit, kewangan, pendidikan, media, perekrutan, hiburan dan santai, runcit, kesihatan dan kecantikan, fesyen dan pakaian, sukan, jam, barang kemas, produk elektrik dan elektronik, telekomunikasi, mudah alih, teknologi maklumat, perisian dan permainan komputer, restoran dan katering, agensi hartanah, perkhidmatan rencam, perkhidmatan rangkaian sosial, alam sekitar dan kebajikan) (tanpa mengira sama ada kami diberikan ganjaran bagi aktiviti pemasaran tersebut) yang berkaitan dengan kami, syarikat gabungan kami, rakan niaga dan CK Hutchison Holdings (termasuk CK Hutchison Holdings Limited, mana-mana daripada subsidiari mereka dan mana-mana syarikat yang sama yang mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung atau yang mempunyai usaha sama atau kerjasama atau pengganti dan serah hak mereka masing-masing). Kami boleh menghantar kepada anda maklumat promosi melalui panggilan telefon pemasaran langsung, SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), e-mel, fasimili, mel langsung, dsb.;
  3. Memproses sebarang faedah yang timbul daripada atau berhubung dengan Perkhidmatan;
  4. Menganalisis, mengesahkan dan/atau menyemak kredit, pembayaran dan/atau status anda berhubung dengan penyediaan Perkhidmatan;
  5. Memproses sebarang arahan pembayaran, kemudahan debit terus dan/atau kemudahan kredit yang diminta oleh anda;
  6. Membolehkan operasi sehari-harian akaun anda dan/atau pemungutan amaun belum lunas dalam akaun anda berhubung dengan Perkhidmatan; dan
  7. Membolehkan kami mematuhi kewajipan kami untuk mengantara hubung atau amalan industri lain.

Kami boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Hong Kong atau di luar negara) data peribadi anda ke pihak-pihak yang berikut untuk menggunakan, memproses atau mengekalkan data peribadi anda untuk tujuan yang disebutkan di atas:

  1. Ejen, kontraktor dan penyedia perkhidmatan kami untuk penyediaan produk dan/atau perkhidmatan yang anda pesan dan/atau langgani;
  2. Bank, institusi kewangan dan penyedia kredit;
  3. Agensi pemungutan hutang, agensi rujukan kredit dan agensi keselamatan;
  4. Badan kawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang dan mahkamah;
  5. Penasihat profesional kami, dan sesiapa yang lain di bawah kewajipan kerahsiaan terhadap kami; dan
  6. Mana-mana pemegang serah hak atau penerima pindahan hak atau cadangan kami yang sebenar atau cadangan yang berhubung dengan anda.

Jika anda tidak mahu menerima maklumat promosi pemasaran langsung daripada kami berhubung dengan produk/perkhidmatan yang disebutkan di atas, atau tidak mahu kami mendedahkan, memindahkan atau menggunakan data peribadi anda untuk tujuan pemasarang langsung yang dinyatakan di atas, anda boleh menghenti langgan melalui pautan henti langgan yang boleh anda temui di bahagian bawah setiap e-mel pemasaran yang kami hantar. Secara alternatif, sila tulis atau e-mel kepada Pengurus Khidmat Pelanggan kami di :

Melalui pos : Hutchison Travel Limited
Unit 1203, 12/F, Two Harbourfront,
22 Tak Fung Street, Hunghom,
Kowloon, Hong Kong

Melalui e-mel:
cs.my@hutchgo.com

Jika anda ingin bercakap dengan wakil khidmat pelanggan, sila e-mel kepada cs.my@hutchgo.com.

1 Tapak web kami bermakna semua tapak web yang beroperasi di bawah Hutchison Travel Limited.

;