Terma dan Syarat

Perkara berikut ini menerangkan Terma dan Syarat yang dikenakan kepada perkhidmatan yang tersedia melalui Tapak ini dan kewajipan serta tanggungjawab anda dan, antara lain, pembatasan liabiliti Hutchison Travel Limited. Sebelum menyerahkan borang pendaftaran akaun dan/atau menggunakan mana-mana daripada perkhidmatan ini, sila baca semua Terma dan Syarat ini dengan teliti. Dengan menggunakan perkhidmatan yang mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami, serta bersetuju untuk terikat oleh terma ini. Anda mesti berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian daripada Terma dan Syarat ini, anda tidak boleh menggunakan Tapak ini.

Hutchison Travel Limited mempunyai hak, mengikut budi bicaranya semata-mata, untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa dengan menyiarkan terma yang dipinda pada Tapak ini. Terma yang dipinda akan berkuat kuasa dari dan selepas tarikh terma itu disiarkan. Terma dan Syarat mungkin tidak dipinda dalam keadaan sebaliknya.

Bahagian I - Terma dan syarat umum

Notis hak cipta

Anda, Pengguna, mengakui bahawa semua Kandungan yang disertakan pada Tapak ini — termasuk maklumat, data, perisian, fotograf, graf, video, rupa huruf, grafik, muzik, bunyi, imej, ilustrasi, peta, reka bentuk, ikon, bahan dan kompilasi bertulis dan lain-lain — adalah hak milik intelektual dan hasil kerja berhak cipta Hutchison Travel Limited dan/atau pelbagai Penyedia pihak ketiga. Pengeluaran semula atau penyimpanan maklumat atau hasil kerja yang diperoleh dari Tapak ini, dalam semua bentuk, media dan teknologi yang wujud pada masa ini atau dibangunkan selepas itu, adalah tertakluk kepada Ordinan Hak Cipta (Cap. 528).

Anda boleh menggunakan bahan pada Tapak ini hanya untuk penggunaan peribadi dan bukan komersial anda. Anda boleh menyalin atau mencetak secara elektronik petikan daripada bahan ini dari Tapak ini untuk tujuan tersebut sahaja dan tanpa pengubahan, penambahan atau pemadaman. Sebarang penggunaan lain bagi bahan di Tapak ini, termasuk sebarang pengeluaran semula atau pengubahan, adalah dilarang melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Hutchison Travel Limited.

Notis Tanda perniagaan

"hutchgo.com" adalah tanda perniagaan atau perkhidmatan berdaftar yang digunakan oleh Hutchison Travel Limited. Nama produk dan syarikat lain yang dikenal pasti di Tapak ini mungkin adalah tanda perniagaan, nama perniagaan, tanda perkhidmatan, logo, simbol atau penentuan proprietari lain bagi pihak ketiga. Penggunaan nama, tanda perniagaan, nama perniagaan, tanda perkhidmatan, logo, simbol atau nama atau tanda proprietari lain atau milik pilik mana-mana pihak ketiga, dan ketersediaan barangan atau perkhidmatan khusus daripada mana-mana pihak ketiga tersebut melalui Tapak ini, tidak boleh diertikan sebagai sokongan atau penajaan Tapak ini oleh mana-mana pihak ketiga tersebut, atau penyertaan oleh pihak ketiga tersebut dalam menawarkan barangan, perkhidmatan atau maklumat melalui Tapak ini.

Penggunaan boleh diterima

Tapak ini dimaksudkan untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial. Anda boleh menggunakan Tapak ini hanya untuk membuat Permintaan yang sah untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Anda tidak akan menggunakan Tapak ini untuk membuat sebarang Permohonan spekulatif, palsu atau penipuan atau sebarang Permohonan dengan menjangkakan tuntutan. Anda menyatakan bahawa anda berumur sah yang memadai untuk mewujudkan kewajipan sah yang mengikat untuk sebarang liabiliti yang mungkin anda tanggung kerana menggunakan Tapak ini. Anda bersetuju untuk menyediakan maklumat yang betul dan benar berhubung dengan penggunaan anda terhadap Tapak ini dan anda bersetuju untuk segera mengemas kini maklumat keahlian anda (jika berkenaan) untuk memastikan maklumat tersebut terkini, lengkap dan tepat.

Tanpa prejudis kepada mana-mana remedi lain yang tersedia, Hutchison Travel Limited mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda jika anda membuat Permohonan menggunakan nama palsu atau menggunakan kad kredit yang tidak sah. Tindakan membuat Permohonan menggunakan nama palsu atau menggunakan kaedah pembayaran yang tidak sah adalah pelanggaran terhadap undang-undang. Harap maklum bahawa meskipun anda tidak memberikan nama anda yang sebenar, penyemak imbas web anda menghantar alamat Internet unik anda kepada kami yang boleh digunakan oleh pegawai penguatkuasaan undang-undang untuk mengenal pasti diri anda. Pengguna yang menipu akan dilaporkan kepada polis dan didakwa mengikut undang-undang sepenuhnya.

Hutchison Travel Limited mempunyai hak untuk membatalkan sebarang tempahan syarikat penerbangan, hotel atau kereta sewa atau sebarang transaksi lain yang dipercayai secara munasabah telah dibuat secara menipu termasuk, dengan menggunakan kad kredit atau debit yang tidak dibenarkan.

Tiada waranti

Melainkan Penyedia telah bersetuju sebaliknya, semua produk, perkhidmatan, nasihat, barangan dan maklumat yang tersedia melalui Tapak ini disediakan berdasarkan "sebagaimana sedia ada," "sebagaimana tersedia" tanpa sebarang bentuk waranti, sama ada tersurat atau tersirat. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, waranti hak atau waranti tersirat bagi kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan yang tertentu. Tanpa membataskan perkara di atas, tiada waranti atau jaminan telah dibuat:

  1. Berhubung dengan penerimaan sebarang Permohonan;
  2. Bahawa Pengguna akan menerima harga yang terendah yang ada untuk barangan dan/atau perkhidmatan yang tersedia melalui Tapak ini;
  3. Berhubung dengan ketersediaan produk dan/atau perkhidmatan melalui Tapak ini atau, di mana berkenaan, di mana-mana lokasi peruncit yang menyertai atau lokasi runcit;
  4. Penggunaan Tapak ini dan semua perisian, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan Tapak ini akan bebas ralat;
  5. Berhubung dengan hasil yang mungkin diperoleh daripada menggunakan Tapak ini;
  6. Berhubung dengan kelengkapan, ketepatan, kebolehpercayaan atau kualiti mana-mana maklumat, kandungan, data, perkhidmatan, nasihat atau barangan yang disediakan atau tersedia melalui Tapak ini; atau
  7. Berhubung dengan prestasi atau ketiadaan prestasi Tapak ini.

Anda bersetuju dengan jelas bahawa penggunaan tapak ini adalah atas risiko anda sendiri.

Pembatasan umum liabiliti

Dalam apa-apa keadaan sekalipun Hutchison Travel Limited, termasuk pegawai, pengarah, pekerja, wakil, ahli gabungannya (termasuk, tetapi tidak terhad kepada hutchgo.com) masing-masing atau penyedia (secara koletif, Pihak yang Dilindungi), tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kematian, kehilangan, tuntutan, bencana alam, kemalangan, kelewatan, atau sebarang kerugian khusus, teladan, punitif, sampingan atau turutan dalam apa-apa bentuk sekalipun — sama ada berdasarkan kontrak, tort atau sebaliknya — yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara sekali pun dikaitkan dengan sebarang penggunaan Tapak ini, atau dengan sebarang kelewatan atau ketakdayaan untuk menggunakan Tapak ini, atau atas apa-apa maklumat, perisian, produk atau perkhidmatan yang diperoleh melalui Tapak ini, meskipun Pihak yang Dilindungi telah dinasihatkan tentang kebarangkalian berlakunya kerugian tersebut.

Selanjutnya, Pihak yang Dilindungi tidak menerima tanggungjawab ke atas sebarang kerugian dan/atau kelewatan disebabkan oleh pembatalan, kekurangan, penyakit, pertikaian buruh, kerosakan jentera, kuarantin, pembatasan pemerintah, cuaca, kebakaran, kemalangan, gempa bumi, rusuhan, mogok, perang, ribut, bencana alam atau punca di luar kawalan Pihak yang Dilindungi. Tiada tanggungjawab yang diterima atas sebarang perbelanjaan tambahan, peninggalan, kelewatan, perubahan hala atau tindakan daripada mana-mana pihak berkuasa pemerintah. Tiada Pihak yang Dilindungi akan bertanggungjawab ke atas sebarang keingkaran terhadap mana-mana waranti bagi mana-mana Penyedia termasuk, tetapi tidak terhad kepada, waranti kesesuaian yang tersirat untuk tujuan tertentu atau kebolehdagangan. Tiada Pihak yang Dilindungi sekalipun akan bertanggungjawab ke atas sebarang salah laku daripada Penyedia (termasuk mana-mana liabiliti tort) sebagaimana terhadap mana-mana produk dan/atau perkhidmatan yang tersedia melalui Tapak ini. Pihak yang Dilindungi tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan Penyedia untuk mematuhi Terma dan Syarat ini, mahupun bagi apa-apa kegagalan Penyedia untuk mematuhi undang-undang yang dikenakan termasuk, tanpa pembatasan, undang-undang yang menguasai jualan, waranti dan pemulangan barang lekas musnah.

Jika Pihak yang Dilindungi didapati bertanggungjawab, walaupun terdapat perkara di atas, ke ata sebarang kerugian atau kerosakan yang berkaitan dengan penggunaan Tapak ini, Pengguna bersetuju bahawa liabiliti bagi mana-mana pihak tersebut tidak akan sekali-sekali melebihi yuran atau bayaran kepada Pengguna yang dinilai oleh Hutchison Travel Limited kerana membuat Permohonan.

Pihak ketiga

Jika anda menggunakan Tapak ini untuk menyerahkan Permohonan untuk atau bagi Pihak Ketiga, anda bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan dalam ketepatan maklumat yang diberikan berhubung dengan penggunaan tersebut. Selain itu, anda mesti memaklumkan Pihak Ketiga tentang semua Terma dan Syarat yang dikenakan kepada semua produk atau perkhidmatan yang diperoleh melalui Tapak ini, termasuk semua peraturan dan sekatan yang dikenakan.

Setiap Pengguna yang menggunakan Tapak ini untuk atau bagi Pihak Ketiga bersetuju untuk mengganti rugi dan tidak mempertanggungjawabkan Pihak yang Dilindungi daripada dan terhadap mana-mana dan semua liabiliti, kerugian, kerosakan, dakwaan dan tuntutan (termasuk kos pembelaan), berkaitan dengan kegagalan Pihak Ketiga atau Pengguna untuk memenuhi sebarang kewajipan sebagaimana yang diterangkan di atas. Pengguna bertanggungjawab secara langsung bagi apa-apa Permohonan yang diserahkan, termasuk yuran yang berkaitan, bayaran dan kewajipan pelaksanaan.

Penyedia perkhidmatan pelancongan pihak ketiga

Anda akan terikat oleh terma dan syarat yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan pelancongan yang Hutchison Travel Limited bertindak sebagai ejen termasuk keadaan pembawa, dasar bayar balik dan pembatalan syarikat penerbangan, kapal pelayaran, operator kereta sewa, hotel, dsb.

Hutchison Travel Limited tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan terhadap tiada penunaian atau penunaian yang tidak memuaskan bagi produk dan perkhidmatan yang dibeli bagi pihak Hutchison Travel Limited daripada penyedia dan pengedar pihak ketiga ini, seperti, tetapi tidak terhad kepada, syarikat penerbangan, hotel, operator pelancongan, syarikat kereta sewa, syarikat insurans, dan entiti lain. Adakalanya, syarikat penerbangan dan penyedia perkhidmatan pelancongan lain mungkin telah membuat tempahan penumpang yang berlebihan pada penerbangan mereka atau menjadualkan semula masa penerbangan – Hutchison Travel Limited tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang sedemikian.

Komen, maklum balas dan serahan lain pengguna

Semua komen, maklum balas, cadangan dan idea yang didedahkan, diserahkan atau ditawarkan kepada Pihak yang Dilindungi berhubung dengan penggunaan Tapak ini oleh anda (secara kolektif, Komen), akan menjadi dan kekal menjadi milik eksklusif Hutchison Travel Limited dan boleh digunakan oleh Pihak yang Dilindungi dalam sebarang medium dan untuk sebarang tujuan di seluruh dunia tanpa mendapatkan kebenaran khusus anda. Sebagai contoh, Komen anda boleh digunakan pada Tapak ini dan dalam radio, televisyen dan iklan cetakan. Nama anda dan parap pertama nama keluarga anda boleh digunakan dengan sebarang Komen yang anda serahkan. Pihak yang Dilindungi tidak bertanggungjawab untuk merahsiakan Komen anda (dan penggunaan nama dan parap pertama bagi nama keluarga anda dengan mana-mana komen), untuk membayar kepada anda sebarang pampasan bagi sebarang Komen yang diserahkan, atau untuk memberi respons terhadap sebarang Komen anda. Anda bersetuju bahawa anda akan bertanggungjawab semata-mata ke atas kandungan sebarang Komen yang anda buat.

Repons kepada Permohonan

Walaupun Hutchison Travel Limited akan berusaha secara ikhlas untuk memberi respons kepada Permohonan dalam tempoh masa yang dinyatakan pada Tapak ini, tiada jaminan yang dibuat bahawa status Permohonan anda akan diberikan kepada anda dalam masa tempoh pemprosesan yang dinyatakan. Hutchison Travel Limited mahupun Penyedia Perkhidmatan Pelancongannya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau kelewatan dalam memberi respons kepada sesuatu Permohonan termasuk, tanpa pembatasan, kesilapan atau kelewatan dalam memberi respons kepada sesuatu Permohonan yang berpunca daripada alamat e-mel yang salah atau data lain yang diberikan oleh anda atau masalah teknikal lain yang berada di luar kawalan mereka.

Pautan kepada Tapak dan Perkhidmatan Web Lain

Setakat Tapak ini mengandungi pautan kepada perkhidmatan dan sumber luar, atau setakat bahawa tapak web pihak ketiga yang dipautkan kepada Tapak ini, sebarang kebimbangan berkenaan perkhidmatan atau sumber tersebut hendaklah dihalakan kepada penyedia perkhidmatan atau sumber luar yang tertentu. Hutchison Travel Limited tidak memantau atau mengawal tapak yang dipautkan dan tidak membuat sebarang perwakilan berkaitan dengan, dan tidak dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab ke atas ketepatan, kelengkapan, kekinian, kebolehpercayaan, atau ketersediaan mana-mana daripada kandungan yang dimuat naik, dipaparkan, atau diedarkan, atau produk atau perkhidmatan yang tersedia di tapak ini. Jika anda memilih untuk mengakses sebarang tapak pihak ketiga, anda melakukannya atas risiko anda sendiri. Kehadiran pautan kepada tapak pihak ketiga tidak memberi erti atau menandakan sokongan, penajaan, atau pengesyoran Hutchison Travel Limited terhadap pihak ketiga tersebut, atau kandungan, produk atau perkhidmatan yang terkandung pada, atau tersedia melalui, mana-mana tapak pihak ketiga yang sedemikian.

Penamatan penggunaan

Akses pengguna kepada semua atau sebahagian daripada Tapak ini boleh ditamatkan atau digantung pada bila-bila masa, dan tanpa notis untuk apa-apa sebab.

Kesilapan Harga

Hutchison Travel Limited berusaha untuk menerbitkan dan mengekalkan harga serta maklumat yang tepat untuk perkhidmatan yang kami tawarkan. Pembekal kami memberi kepada kami maklumat harga dan maklumat lain yang berkaitan dengan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya, sesuatu perkhidmatan yang disenaraikan atau disediakan kepada kami pada harga yang salah atau dengan maklumat yang tidak betul disebabkan oleh kesilapan tipografi atau kesilapan lain dalam maklumat harga atau perkhidmatan yang diterima daripada pembekal, kami mengekalkan hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan yang dibuat untuk perkhidmatan tersebut. Kami mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan sebarang pesanan sedemikian sama ada pesanan itu telah disahkan dan/atau kad kredit anda telah dikenakan bayaran atau tidak. Jika kad kredit anda telah dikenakan bayaran bagi pembelian dan pesanan anda telah dibatalkan disebabkan oleh maklumat pembekal yang salah, kami akan segera mengeluarkan kredit kepada akaun kad kredit anda dalam amaun yang bayaran yang dikenakan. Harga, kadar dan inventori adalah tertakluk kepada ketersediaan daripada Penyedia Perkhidmatan Pelancongan.

Penyerahan kad kredit

Semua Permohonan mesti diserahkan dengan kad kredit utama melainkan dinyatakan dengan jelas sebaliknya.

Pelbagai

Kapsyen dalam Terma dan Syarat ini hanyalah untuk kemudahan dan tidak, dalam apa-apa cara sekalipun mengehadkan atau sebaliknya menentukan terma dan peruntukan bagi Terma dan Syarta ini.

Tiada Pihak yang Dilindungi bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan atau kelewatan dalam memberi respons kepada sesuatu Permohonan yang berpunca daripada alamat e-mel yang salah yang diberikan oleh anda atau masalah teknikal lain yang berada di luar kawalan mereka.

Terma dan Syarat ini, dan bahagian yang berkaitan yang mempunyai hubung kait dengan setiap perkhidmatan, mewakili keseluruhan Terma dan Syarat antara anda dan setiap Pihak yang Dilindungi berhubung dengan penggunaan Tapak ini oleh anda dan mengatasi sebarang pernyataan atau perwakilan yang terdahulu. Undang-undang Rantau Pentadbiran Khusus Hong Kong akan menguasai pelaksanaan Terma dan Syarat ini.

Bahagian II - Terma dan syarat dikenakan kepada produk pelancongan syarikat penerbangan, termasuk produk yang dipakej

Pembatasan liabiliti

Hutchison Travel Limited bertindak sebagai ejen untuk syarikat penerbangan atau penyedia perkhidmatan pelancongan lain (secara koletif, Pembekal Pelancongan) dalam menjual perkhidmatan pelancongan, atau dalam menerima tempahan atau penempahan bagi perkhidmatan tersebut untuk disediakan kepada anda. Hutchison Travel Limited tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kerosakan, kematian, kehilangan, kemalangan atau kelewatan disebabkan kelalaian atau keingkaran Pembekal Pelancongan, atau oleh bencana alam. Selanjutnya, tiada tanggungjawab yang diterima ke atas sebarang kerugian dan/atau kelewatan disebabkan oleh penyakit, pertikaian buruh, kerosakan jentera, kuarantin, pembatasan pemerintah, cuaca, kebakaran, kemalangan, gempa bumi, rusuhan, mogok, perang, ribut, bencana alam atau punca di luar kawalan Hutchison Travel Limited. Tiada tanggungjawab yang diterima atas sebarang perbelanjaan tambahan, peninggalan, kelewatan, perubahan hala atau tindakan daripada mana-mana pihak berkuasa pemerintah. Kontrak pembawa yang digunakan oleh Pembekal Pelancongan, apabila dikeluarkan, adalah antara Pembekal Pelancongan dan penumpang.

Pembatasan tiket

Tiket syarikat penerbangan yang tersedia melalui Tapak ini adalah tertakluk kepada syarat pembawa yang diterbitkan dan peraturan syarikat penerbangan yang berkenaan. Tiket boleh dibeli antara 3 hari dan 330 hari lebih awal. Untuk tiket yang tidak berasal dari Hong Kong, tiket itu boleh dibeli antara 6 hari hingga 330 hari lebih awal. Pembatasan dan kefleksibelan tiket adalah berbeza-beza mengikut jenis tambang yang dibeli.

Pembayaran tiket

Jika Pengguna menyerahkan Permohonan untuk tiket, Pengguna bersetuju bahawa jika tiket yang memenuhi tempat Permohonan Pengguna, jumlah Permohonan yang diserahkan — serta semua cukai, bayaran, surcaj, bayaran penghantaran/pengendalian dan penyerahan semula Permohonan atau yuran lain — akan dikenakan bayaran secara automatik kepada kad kredit yang diserahkan oleh pengguna. Amaun tersebut akan disiarkan pada Tapak ini.

Yuran perkhidmatan lain

Mungkin terdapat yuran pemprosesan / perkhidmatan bagi setiap tiket untuk tiket syarikat penerbangan yang dibeli melalui Tapak ini. Yuran tidak boleh bayar balik yang sedemikian akan disenaraikan untuk rujukan Pengguna sebelum Pengguna dikehendaki memasukkan nombor kad kredit.

Yuran perkhidmatan lain Hutchison Travel Limited
Yuran perkhidmatan bagi setiap tiket HKD/USD
Pindaan / Tempahan Semula
(tidak termasuk sebarang bayaran tempahan semula penerbangan)
420/55
Pengeluaran Semula / Pengesahan Semula
(tidak termasuk sebarang perbezaan tambang dan bayaran perkhidmatan penerbangan
420/55
Pembatalan Tiket
(tidak termasuk sebarang yuran pembatalan penerbangan)
420/55
Pelarasan Surcaj Minyak

Amaun surcaj minyak (jika ada) dibayar semasa pengesahan tempahan adalah anggaran kos sahaja. Surcaj minyak adalah tertakluk kepada pelarasan (sama ada meningkat atau berkurang) disebabkan dasar syarikat penerbangan yang berasingan. Hutchison Travel Limited akan menebus amaun tambahan yang dibayar oleh pelanggan (jika ada), dan pada masa yang sama, mempunyai hak untuk meminta pelanggan agar membayar amaun tambahan itu.

Penggunaan tiket dalam Turutan yang Betul dan Perubahan dalam Jadual Perjalanan
  1. Tiket adalah sah hanya untuk pengangkutan yang ditunjukkan pada jadual perjalanan dari tempat berlepas melalui sebarang tempat berhenti yang dipersetujui ke tempat terakhir destinasi tersebut.
  2. Tiket mesti dikeluarkan mengikut urutan. Jika pelanggan tidak hadir untuk penerbangan yang dijadualkan tanpa notis lebih awal, semua jadual perjalanan pulang atau seterusnya akan dibatalkan oleh syarikat penerbangan secara automatik.
  3. Tambang tersebut akan dikira semula apabila perjalanan diubah. Perubahan seperti mengubah arah perjalanan, tidak membuat perjalanan mengikut segmen pertama, perubahan tarikh berlepas dan nombor penerbangan mungkin akan menyebabkan harga tambang meningkat. Pelanggan dikehendaki membayar perbezaan tambang dan sebarang cukai tambahan dan surcaj atau bayaran penalti. Pelanggan boleh sama ada menerima tambang yang disemak semula atau mengekalkan jadual perjalanan asal yang ditunjukkan pada tiket.
  4. Sekiranya berlaku perubahan dalam perjalanan, pelanggan dinasihatkan agar memaklumkan hutchgo.com. hutchgo.com akan menilai tambang yang disemak semula untuk mendapatkan jadual perjalanan yang baharu. Jika tidak, bahagian tiket yang tidak digunakan tidak akan sah lagi.

Harap maklum bahawa terma dan syarat untuk pembatalan tempahan dan pembelian akan berbeza-beza untuk setiap produk dan perkhidmatan. Oleh itu, sila rujuk terma dan syarat untuk produk dan perkhidmatan tertentu atau secara alternatif, semak dengan Pasukan Khidmat Pelanggan kami semasa waktu pejabat. Pembatalan mungkin tertakluk kepada yuran pembatalan yang telah anda setuju untuk tanggung sepenuhnya. Harap maklum bahawa pembatalan selepas tiket penerbangan telah dikeluarkan adalah tidak dibenarkan.

Untuk tempahan dan pembelian yang telah diprabayar, bayar balik boleh dibuat mengikut budi bicara hutchgo.com semata-mata (tertakluk kepada dasar bayar balik). Anggaran masa yang diperlukan sebelum kredit muncul dalam akaun anda untuk pemprosesan bayar balik tiket udara adalah 3 hingga 6 bulan. Garis masa bayar balik yang terdahulu adalah panduan untuk rujukan anda sahaja dan tidak akan terikat dengan hutchgo.com.

Anda bersetuju untuk menanggung kos sepenuhnya bagi sebarang yuran tempahan, pembatalan dan pentadbiran untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang ditempah tetapi tidak digunakan atas sebarang sebab. Dalam sesetengah keadaan, Hutchison Travel Limited mungkin mengenakan yuran pembatalan dan/atau pindaan selain yuran lain yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan pelancongan.

Perjalanan Antarabangsa: Pasport, Visa, Bahaya dan Penggunaan Racun Serangga

Perjalanan ke destinasi yang tertentu mungkin melibatkan risiko yang lebih besar daripada destinasi lain. Oleh itu, Hutchison Travel Limited menggesa para penumpang agar menyemak larangan, amaran, pengumuman dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Pemerintah Hong Kong sebelum menempah tiket ke destinasi antarabangsa. Untuk Sistem Makluman Perjalanan Keluar (OTA), sila rujuk https://www.sb.gov.hk/eng/ota/ . Untuk keperluan kesihatan dan bahaya asing, sila rujuk https://www.travelhealth.gov.hk/eindex.html . Di Hutchison Travel Limited, kami tidak akan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat berkenaan keperluan kemasukan orang asing (seperti keperluan untuak pasport dan visa). Untuk keperluan kemasukan orang asing, sila hubungi konsulat di Hong Kong.

Banyak negara yang menghendaki warga asing untuk memegang pasport dengan kesahan selama sekurang-kurangnya 6 bulan (dikira dari tarikh perjalanan pulang) apabila mereka memasuki negara-negara ini. Pengembara indivudi dan pasangan mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan dokumentasi perjalanan mereka sah. Pasport, Visa (termasuk apa-apa dan semua visa transit) dan keperluan Kesihatan adalah menjadi tanggungjawab pengembara individu itu sendiri.

Memandangkan keadaan pandemic ini, sebilangan kerajaan telah mengeluarkan sekatan kemasukan, penggantungan visa dan langkah-langkah kuarantin untuk pelancong-pelancong. Inokulasi yang disyorkan untuk perjalanan mungkin berubah dalam masa yang singkat dan anda harus berjumpa doktor mengenai cadangan semasa sebelum anda berangkat. Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa anda memenuhi semua syarat kemasukan kesihatan, mendapatkan inokulasi yang disyorkan, mengambil semua ubat yang disyorkan dan mengikuti semua nasihat perubatan yang berkaitan dengan perjalanan anda. Pelancong-pelancong harus merujuk kepada maklumat terkini yang diumumkan oleh kerajaan negara-negara destinasi mereka termasuk negara-negara yang mungkin anda transit.

DENGAN MENAWARKAN ATAU MEMUDAHKAN PERJALANAN KE DESTINASI ANTARABANGSA YANG TERTENTU, KAMI TIDAK MEWAKILI ATAU MEWAJARKAN BAHAWA PERJALANAN KE TEMPAT TERSEBUT ADALAH DINASIHATKAN ATAU TANPA SEBARANG RISIKO, DAN KAMI TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS KEROSAKAN ATAU KERUGIAN YANG MUNGKIN BERLAKU DISEBABKAN PERJALANAN KE DESTINASI TERSEBUT.

Penyedia Perkhidmatan Pelancongan

Anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat pembelian yang dikenakan oleh sebarang Penyedia Perkhidmatan Pelancongan, sama ada Penyedia Perkhidmatan Pelancangan tersebut dipilih oleh anda atau oleh Hutchison Travel Limited, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pembayaran semua amaun apabila perlu dibayar dan pematuhan terhadap peraturan dan sekatan Penyedia Perkhidmatan Pelancongan berkenaan ketersediaan dan penggunaan tambang, produk, atau perkhidmatan. Anda memahami bahawa sebarang pelanggaran terhadap syarat pembelian Penyedia Perkhidmatan Pelancongan boleh menyebabkan pembatalan tempahan atau pembelian anda, anda tidak dibenarkan akses kepada mana-mana penerbangan, hotel atau automobil, wang anda hangus untuk tempahan atau pembelian tersebut, dan hutchgo.com mendebitkan akaun anda ke atas apa-apa kos yang ditanggung oleh Hutchison Travel Limited akibat daripada pelanggaran tersebut. Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua bayaran, yuran, duti, cukai dan taksiran yang timbul daripada penggunaan Tapak ini.

Anda bersetuju bahawa kami tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kecederaan, kehilangan, tuntutan, kerosakan, atau sebarang kerugian khusus, teladan, punitif, tidak langsung, sampingan atau iringan dalam apa-apa bentuk sekalipun (termasuk, tetapi tidak terhad kepada kerugian keuntungan atau kehilangan wang simpanan), sama ada berdasarkan kontrak, tort, liabiliti yang ketat, atau sebaliknya, yang berbangkit daripada atau berkaitan dalam apa-apa cara sekalipun dengan kegagalan yang berpunca daripada kemuflisan, penyusunan semula, ketakmampuan, pemansuhan atau pembubaran, meskipun kami telah dinasihatkan tentang kemungkinannya berlaku sebarang kerosakan tersebut. Sekiranya berlaku kegagalan yang berpunca daripada kemuflisan, penyusunan semula, ketakmampuan, pemansuhan atau pembubaran Penyedia Perkhidmatan Pelancongan, anda bersetuju bahawa satu-satunya bantuan anda adalah untuk merujuk kepada Penyedia Perkhidmatan Pelancongan tersebut dan bukan dengan kami.

Di Hutchison Travel Limited, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas maklumat berkenaan kesesuaian orang kurang upaya bagi mana-mana bahagian daripada sebarang lawatan atau tempahan lain. Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kesesuaian untuk orang upaya bagi mana-mana bahagian untuk sebarang lawatan atau tempahan lain, sila hubungi Pembekal Perkhidmatan Pelancongan secara terus.

Maklumat Penting Berkaitan Dengan Kadar Pertukaran

Pembelian yang dibuat di Laman kami diurusniagakan secara eksklusif di Dolar AS (USD) or Dolar Hong Kong (HKD). Sekiranya anda membuat pembelian dari kami menggunakan kad kredit atau kad debit dalam denominasi bukan USD/HKD, sila maklum bahawa, disebabkan oleh turun naik berterusan dalam kadar pertukaran, caj kami kepada kad anda atau jumlah caj anggaran yang kami berikan kepada anda, mungkin berbeza berdasarkan pada kadar pertukaran pada masa anda membuat reservasi anda berbanding kadar pada masa caj itu dicerminkan pada penyata kad kredit anda. Selain itu, sekiranya kami mesti memasukkan wang ke dalam akaun anda, kami akan membayar balik jumlah tepat USD/HKD yang pada awalnya dikenakan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan dalam kadar pertukaran yang mungkin menyebabkan perbezaan dalam penyata bil anda.

Peraturan Syarikat Penerbangan, Perubahan Jadual Perjalanan dan Perubahan Harga: Tiket syarikat penerbangan yang tersedia melalui Tapak ini adalah tertakluk kepada syarat pembawa yang diterbitkan dan peraturan, termasuk tetapi tidak terhad kepada dasar pembatalan, syarikat penerbangan yang berkenaan. Kontrak pembawa yang digunakan oleh syarikat penerbangan berkenaan, apabila dikeluarkan, adalah antara syarikat penerbangan yang berkenaan dan penumpangnya. Syarikat penerbangan mengekalkan haknya untuk melaraskan waktu dan jadual penerbangan pada bila-bila masa - perubahan jadual boleh menyebabkan jadual perjalanan yang terkeluar daripada perjanjian kontraktual. Syarikat penerbangan boleh juga mengubah atau membatalkan penerbangan atau jadual perjalanan mengikut budi bicara mereka. Syarikat penerbangan memberi kepada kami maklumat harga dan maklumat lain yang berkaitan dengan perkhidmatan ini. Hutchison Travel Limited berusaha untuk menerbitkan dan mengekalkan harga serta maklumat yang tepat untuk perkhidmatan syarikat penerbangannya. Walau bagaimanapun, sekiranya, sesuatu perkhidmatan yang disenaraikan atau disediakan kepada kami pada harga yang salah atau dengan maklumat yang tidak betul disebabkan oleh kesilapan tipografi atau kesilapan lain dalam maklumat harga atau perkhidmatan yang diterima dari sesebuah syarikat penerbangan, Hutchison Travel Limited dan/atau syarikat penerbangan mengekalkan hak untuk menolak atau membatalkan sebarang Permohonan yang dibuat untuk perkhidmatan tersebut, sama ada atau tidak pesanan telah disahkan dan/atau kad kredit anda telah dikenakan bayaran. Jika kad kredit anda telah dikenakan bayaran bagi pembelian dan Permohonan anda telah dibatalkan disebabkan maklumat syarikat penerbangan yang salah, Hutchison Travel Limited dan/atau syarikat penerbangan akan segera mengeluarkan kredit ke akaun kad kredit anda dalam amaun yang dikenakan. Sekiranya syarikat penerbangan menerbitkan tambang untuk satu harga dan kemudiannya menentukan tidak akan mengiktiraf tambang pada harga tersebut, Hutchison Travel Limited tidak akan bertanggungjawab ke atas dan tidak dapat mengiktiraf harga yang telah disenaraikan pada awalnya oleh syarikat penerbangan tersebut. Hanya syarikat penerbangan yang boleh menentukan sama ada untuk mengiktiraf harga yang disalah nyatakan.

Mata Pengembara Kerap

Mata pengembara kerap, (batu, mata, dsb.), naik taraf, baucar sijil dan diskaun atau insentif lain mungkin tidak berkenaan dengan Perkhidmatan Syarikat Penerbangan Hutchison Travel Limited.

Keperluan Umur

Untuk tiket syarikat penerbangan yang diterbitkan, anda boleh membuat tempahan syarikat penerbangan bagi kanak-kanak yang berumur 15 tahun atau ke atas untuk membuat penerbangan tanpa orang dewasa (18 atau lebih) yang mengiringi mereka. Untuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, sekurang-kurangnya seorang penumpang dewasa yang berumur 18 atau lebih mesti mengiringi kanak-kanak tersebut pada tempahan yang sama. Untuk tiket bayi, sila pastikan untuk mematuhi syarat pembawa kerana tempat duduk bayi, basinet bayi dan tempat duduk kereta bayi mungkin tertakluk kepada pembatasan.

Kongsi Kod

Sesetengah syarikat penerbangan mengikat perjanjian "kongsi kod" dengan bilangan terhad rakan kongsi syarikat penerbangan yang terpilih. Ini bermakna bahawa semasa laluan yang tertentu, pembawa syarikat penerbangan yang menjual atau memasarkan penerbangan tidak membuat penerbangan menggunakan pesawatnya sendiri ke destinasi tersebut. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu menggunakan khidmat syarikat penerbangan rakan niaga untuk menuju ke destinasi tersebut. Syarikat penerbangan rakan kongsi disenaraikan sebagai "dikendalikan oleh." Dalam kebanyakan keadaan anda akan mendaftar masuk menggunakan pembawa anda yang "beroperasi"; walau bagaimanapun, anda hendaklah mengesahkan lokasi daftar masuk penerbangan dengana pembawa pertiketan anda. Jika penerbangan anda adalah kongsi kod, kod itu akan didedahkan kepada anda dalam proses tempahan dan sebelum pembayaran anda bagi tiket syarikat penerbangan runcit yang didedahkan harganya.

Amalan yang Dilarang oleh Syarikat Penerbangan

Anda bersetuju untuk tidak membeli tiket atau tiket-tiket yang mengandungi segmen penerbangan yang anda tidak akan gunakan, seperti "tahap selepas itu", "bandar tersembunyi", "tiket bertindan" jika amalan tersebut dilarang oleh syarikat penerbangan tersebut. Anda seterusnya bersetuju untuk tidak membeli tiket pergi balik yang anda rancang untuk gunakan hanya untuk perjalanan sehala jika amalan tersebut dilarang oleh syarikat penerbangan itu. Anda mengakui bahawa kebanyakan syarikat penerbangan melarang semua tiket tersebut, dan oleh itu kami tidak menjamin bahawa syarikat penerbangan itu akan menerima tiket atau tiket-tiket anda sekiranya anda terlibat dalam amalan ini. Anda bersetuju untuk mengganti rugi Pihak yang Dilindungi daripada tuntutan syarikat penerbangan, berdasarkan amalan yang dilarang ini atau amalan yang dilarang yang lain, bagi perbezaan antara tambang penuh bagi jadual perjalanan sebenar anda dan nilai tiket atau tiket-tiket yang telah anda beli. p>

Yuran Bagasi dan Yuran Syarikat Penerbangan Sampingan Lain: Syarikat penerbangan tersebut mungkin menghendaki anda membayar yuran tambahan di lapangan terbang untuk perkhidmatan tertentu dan/ atau jika anda melebihi had tertentu sepertimana yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan tersebut, seperti bilangan beg atau berat yang dibenarkan, dan sesetengah syarikat penerbangan tidak menawarkan peruntukan bagasi percuma.

Yuran Masuk/Keluar

Jika anda mengembara ke luar negara, sesetengah negara atau lapangan terbang mengenakan yuran masuk dan/atau keluar dari negara tersebut. Yuran ini tidak dimasukkan dalam harga tiket, atau cukai dan yuran yang kami paparkan di tapak web kami sebelum pembelian.

Bahagian III - Terma dan syarat dikenakan kepada tempahan hotel, termasuk produk yang dipakej

  1. Pembatasan Perkhidmatan Hotel Umum

    1. Daftar Masuk:

      Setelah mendaftar masuk, tetapi mesti memberikan ID dan kad kredit yang sah atau, mengikut budi bicara hotel, kad kredit, atas nama mereka yang selaras dengan butiran transaksi yang diberi kepada hutchgo.com (amaun kredit tersedia yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut hotel). Harap maklum bahawa kad debit tidak dapat diterima.

    2. Ketibaan Lewat dan Kegagalan untuk Daftar Masuk pada Malam Pertama:

      Walaupun anda harus menghubungi hutchgo.com jika anda ingin membatalkan tempahan yang boleh ditempah lebih awal daripada penginapan anda, jika anda akan terlewat pada tarikh daftar masuk atau mendapati bahawa anda tidak dapat mendaftar masuk ke hotel anda pada tarikh yang anda minta, anda hendaklah menghubungi hotel tersebut untuk memaklumkan mereka. Jika anda gagal mendaftar masuk ke hotel pada hari tempahan anda dan tidak memaklumkan hotel, bahagian selebihnya bagi tempahan anda mungkin dibatalkan dan anda mungkin tidak berhak menerima bayar balik, bergantung kepada terma dan syarat bagi hotel berkenaan.

    3. Pembatalan dan Perubahan pada Tempahan Anda:

      Dasar pembatalan hotel adalah berbeza-beza. Tempahan tertentu adalah tidak boleh dibatalkan dan tidak boleh ditukar. Lain-lain tempahan menghendaki anda membayar penalti jika anda membatalkannya. Terdapat juga tempahan yang boleh dibayar balik sepenuhnya. Semak dasar pembatalan hotel semasa anda membuat tempahan. Pindaan adalah tidak dibenarkan pada semua tempahan hotel setelah disahkan.

      Yuran perkhidmatan bagi Hutchison Travel Limited

      Tempahan yang dibuat menggunakan Tapak ini mungkin dikenakan yuran pemprosesan / perkhidmatan bagi setiap bilik untuk satu malam. Yuran tersebut tidak boleh dibayar balik dan akan disenaraikan sebagai rujukan Pengguna sebelum Pengguna dikehendaki untuk memasukkan nombor kad kredit mereka.

      Yuran perkhidmatan bagi satu bilik untuk satu malam HKD
      Membuat Pindaan / Tempahan semula
      (tidak termasuk apa-apa yuran tempahan semula hotel)
      420
      Mengesahkan semula / Menempah semula bilik / Menukar jenis bilik / Menukar maklumat tetamu hotel
      (tidak termasuk yuran perkhidmatan hotel)
      420
      Pembatalan Tempahan
      (tidak termasuk apa-apa yuran pembatalan hotel)
      420
    4. Keperluan Ketakupayaan

      Jika anda mempunyai keperluan ketakupayaan (sebagai contoh sahaja, anda memerlukan bilik yang boleh dilalui kerusi roda atau memerlukan penggunakan haiwan perkhidmatan) anda mesti menghubungi hotel dan mengesahkan bahawa keperluan ketakupayaan boleh dipenuhi. Jika keperluan ketakupayaan anda tidak dapat dipenuhi oleh hotel, sila hubungi Khidmat Pelanggan hutchgo.com.

    5. Penginapan Hotel dan Permintaan Khas

      Bergantung kepada perkhidmatan tempahan hutchgo.com yang anda gunakan, anda mungkin atau mungkin tidak boleh memilih jenis bilik anda dan bilangan dan/atau jenis katil. Peruntukkan bilik adalah berdasarkan ketersediaan hotel dan adalah mengikut budi bicara hotel tersebut. Kami tidak dapat menjamin boleh mendapatkan bilik tidak merokok. Jika anda mempunyai permintaan khas (termasuk, sebagai contoh, keutamaan bagi bilik merokok atau tidak merokok, bilik khusus, tempat tidur yang tertentu, lokasi aras, kehampiran dengan lif, bilik bercantum, atau penginapan haiwan peliharaan), anda mesti menghubungi hotel dan mengesahkan bahawa permintaan khas itu boleh dipenuhi apabila anda telah membuat tempahan anda. Memandangkan hutchgo.com tiada kawalan terhadap bilik yang diperuntukkan kepada anda oleh hotel, hutchgo.com tidak dapat memenuhi permintaan khas sebelum tempahan anda dan tidak dapat menjamin bahawa permintaan khas itu akan dipenuhi.

    6. Mesti Berumur 18 Tahun

      Tetamu tempahan perlu berumur 18 tahun atau ke atas untuk mendaftar masuk ke hotel.

    7. Mata Pengembara Kerap

      Mata pengembara kerap, naik taraf, baucar sijil dan diskaun atau insentif lain mungkin tidak berkenaan dengan Perkhidmatan Hotel Hutchison Travel Limited.

    8. Penarafan Bintang Hotel (Umum)

      Sistem penarafan bintang hutchgo.com disediakan untuk rujukan anda. Sepertimana sistem penarafan hotel terkenal yang lain, untuk memperuntukkan penarafan satu bintang, hutchgo.com mempertimbangkan beberapa faktor untuk menilai kualiti hotel yang terlibat, seperti ameniti, kemudahan, reputasi, jenama, perkhidmatan penarafan lain, maklum balas pelanggan daripada tetamu yang telah menginap di hotel tersebut, dsb. hutchgo.com menyaring hotel yang terlibat dan mengemas kini maklumat kami secara berkala bagi memastikan kesahan penarafan kami. Sistem penarafan kami kadang-kala mungkin berbeza daripada sistem penarafan lain yang mungkin biasa anda ketahui. Kami tidak mewajarkan atau menjamin bahawa sistem penarafan bintang kami adalah sama dengan atau selaras dengan mana-mana sistem penarafan bintang yang lain dan mempunyai hak untuk mengubah penarafan sesebuah hotel pada bila-bila masa dengan atau tanpa notis.

    9. Harga

      Kadangkala kadar yang lebih murah didapati untuk penginapan khusus di sesebuah hotel, walau bagaimanapun, kadar yang diberikan oleh hotel mungkin mengenakan sekatan dan syarat khusus, sebagai contoh berhubung dengan pembatalan dan bayar balik. Sila semak butiran bilik dan kadar dengan teliti bagi mengesan sebarang syarat sedemikian sebelum membuat tempahan anda. Kami mempunyai hak atas sebab pemasaran dan komersial untuk mengubah suai harga.

    10. Kesilapan Harga

      Kami berusaha untuk menerbitkan dan mengekalkan harga serta maklumat yang tepat untuk perkhidmatan yang kami tawarkan. Hotel memberi kepada kami maklumat harga dan maklumat lain yang berkaitan dengan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya, sesuatu perkhidmatan yang disenaraikan atau disediakan kepada kami pada harga yang salah atau dengan maklumat yang tidak betul disebabkan oleh kesilapan tipografi atau kesilapan lain dalam maklumat harga atau perkhidmatan yang diterima dari sesebuah hotel, kami mengekalkan hak untuk menolak atau membatalkan sebarang Permohonan yang dibuat untuk perkhidmatan tersebut, sama ada atau tidak pesanan telah disahkan dan/atau kad kredit anda telah dikenakan bayaran. Jika kad kredit anda telah dikenakan bayaran untuk pembelian dan Permohonan anda telah dibatalkan disebabkan maklumat hotel yang salah, kami akan segera mengeluarkan kredit kepada akaun kad kredit anda dengan amaun bayaran tersebut. Harga, kadar dan inventori adalah tertakluk kepada ketersediaan daripada hotel tersebut.

    11. Tempahan

      Anda tidak boleh membuat tempahan untuk lebih daripada 8 bilik secara dalam talian untuk hotel/tarikh penginapan yang sama. Jika kami mendapati bahawa anda telah membuat tempahan untuk lebih daripada 8 bilik keseluruhannya dalam tempahan yang berasingan, kami boleh membatalkan tempahan anda, dan mengenakan bayaran pembatalan kepada anda, jika berkenaan. Jika anda membayar deposit tidak boleh bayar balik, deposit anda akan hangus. Jika anda ingin membuat tempahan untuk 9 atau lebih bilik, anda mesti menghubungi pakar pelancongan berkumpulan kami melalui e-mel di sales@hutchgo.com.hk. Salah seorang daripada pakar pelancongan berkumpulan kami akan menyemak permintaan anda dan menghubungi anda untuk melengkapkan tempahan anda. Anda mungkin diminta untuk menandatangani kontrak bertulis dan/atau membayar deposit tidak boleh bayar balik.

  2. Perkhidmatan Hotel Harga Dedah Harga Saudagar

    Perkhidmatan Hotel Harga Dedah Harga Saudagar hutchgo.com adalah perkhidmatan hotel yang mendedahkan harga hotel kepada Pengguna sebelum penempahan dan apabila hutchgo.com bertindak sebagai saudagar bagi rekod pada transaksi (iaitu, mengenakan bayaran secara terus kepada kad kredit atau debit anda dan bukan hotel).

    Tempahan hotel yang disediakan melalui Perkhidmatan Hotel Dedah Harga Saudagar adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didedahkan pada halaman kontrak anda dan terma dan syarat yang didedahkan bagi hotel berkenaan yang anda pilih.

    "Jumlah Bayaran" yang akan anda bayar kerana menggunakan Perkhidmatan Hotel Harga Dedah Harga Saudagar akan sentiasa dimaklumkan kepada anda sebelum anda mengemukakan Permohonan anda.

    1. Bayaran untuk Cukai dan Yuran

      Berhubung dengan memudahkan transaksi Perkhidmatan Hotel Harga Dedah Harga Saudagar, kami akan mengenakan kaedah pembayaran anda untuk Cukai dan Yuran. Bayaran ini termasuk amaun yang dijangka untuk memulihkan amaun yang kami bayar kepada hotel berhubung dengan tempahan anda untuk cukai yang terhutang oleh hotel termasuk, tanpa pembatasan, cukai jualan dan penggunaan, cukai penghunian, cukai bilik, cukai eksais, cukai nilai tambah dan/atau cukai lain yang serupa. Di lokasi yang tertentu, amaun cukai boleh juga termasuk yuran perkhdmatan yang dikenakan oleh kerajaan atau yuran lain yang tidak dibayar secara terus kepada pihak berkuasa pencukaian tetapi dikehendaki oleh undang-undang untuk dipungut oleh hotel tersebut. Amaun yang dibayar kepada hotel berhubung dengan tempahan anda untuk cukai mungkin berbeza-beza daripada amaun yang kami jangkakan dan dimasukkan dalam bayaran yang dikenakan kepada anda. Baki bayaran untuk Cukai dan Yuran adalah yuran yang kami kekalkan sebagai sebahagian daripada pampasan untuk perkhidmatan kami dan untuk menampung kos tempahan anda, termasuk, sebagai contoh, kos khidmat pelanggan. Bayaran untuk Cukai dan Yuran berbeza-beza berdasarkan beberapa faktor termasuk, tanpa pembatasan, amaun yang kami bayar kepada hotel dan lokasi hotel yang anda bakal menginap, dan boleh termasuk keuntungan yang kami peroleh.

      Kami bukan vendor yang memungut dan membayarkan cukai kepada pihak berkuasa pencukaian yang berkenaan. Pembekal hotel kami, sebagai vendor, akan mengebilkan semua cukai yang berkenaan kepada kami dan kami akan membayarkan amuan tersebut secara terus kepada vendor. Kami bukan vendor bersama yang mempunyai kaitan dengan vendor yang kami buat tempahan bagi pengaturan perjalanan pelanggan kami. Kebolehcukaian dan kadar cukai yang wajar serta jenis cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut lokasi.

      Untuk transaksi yang melibatkan Hotel Dedahkan Harga Saudagar yang terletak dalam lingkungan bidang kuasa tertentu, bayaran yang dikenakan kepada kad debit atau kredit anda untuk Cukai dan Yuran adalah termasuk pembayaran cukai yang dikehendaki daripada kami untuk memungut dan menghantar kepada bidang kuasa untuk cukai yang terhutang bagi amaun yang kami kekalkan sebagai pampasan untuk perkhidmatan kami.

  3. Perkhidmatan Hotel Agensi

    Untuk Perkhidmatan Hotel Agensi Hutchison Travel Limited, hutchgo.com bukan saudagar rekod dan tidak mengenakan bayaran pada kad kredit anda. Untuk transaksi ini, anda akan dimaklumkan dalam Bahagian Maklumat Penting di halaman kontrak anda bahawa kad kredit anda akan digunakan untuk menjamin tempahan tersebut. Anda juga akan diberitahu dalam Bahagian Maklumat Penting bahawa hotel akan mengenakan bayaran kepada anda secara terus untuk bilik dan cukai. Anda akan diberikan item baris "Jumlah Anggaran Bayaran" pada halaman kontrak anda yang akan diberikan kepada anda dengan anggaran tentang perkara yang akan dikenakan bayaran oleh hotel kepada anda dan anda akan dimaklumkan sama ada anggaran tersebut adalah termasuk cukai. Melalui Perkhidmatan Hotel Agensi, hutchgo.com (mengikut keadaan), menyediakan platform dalam talian yang boleh digunakan oleh hotel (termasuk jenis penginapan sementara lain) untuk mengiklankan bilik mereka untuk tempahan, dan para pelawat tapak web tersebut boleh menggunakannya untuk membuat tempahan. Dengan membuat tempahan Perkhidmatan Hotel Agensi, anda mengikat perhubungan kontraktual (sah di sisi undang-undang) dengan hotel yang telah anda tempah. Dari masa anda membuat tempahan Perkhidmatan Hotel Agensi anda, hutchgo.com (mengikut keadaan), bertindak semata-mata sebagai perantara antara anda dan hotel, mengirimkan butiran tempahan anda ke hotel yang relevan dan menghantarkan e-mel pengesahan kepada anda untuk dan bagi pihak hotel.

Perkhidmatan Lain

Insurans Perjalanan

Insurans Perjalanan ditaja jamin oleh syarikat insurans pihak ketiga. Anda mesti membaca pernyataan pendedahan produk sebelum membeli insurans perjalanan tersebut. Hutchison Travel Limited tidak bertindak sebagai syarikat insurans atau menyediakan insurans kepada anda dan Hutchison Travel Limited menafikan semua tanggungjawab untuk dan semua liabiliti berhubung dengan insurans tersebut, termasuk berkaitan dengan sebarang tuntutan yang dibuat oleh anda di bawah insurans tersebut.

Wifi Saku Sewa

Wifi Saku Sewa disediakan oleh penyedia pihak ketiga. Anda mesti membaca pernyataan pendedahan produk sebelum menyewa wifi saku. Hutchison Travel Limited menafikan semua tanggungjawab dan semua liabiiti yang berhubung dengan wifi saku.

Ekspres Lapangan Terbang

Perkhidmatan Ekspres Lapangan Terbang disediakan oleh MTR Corporation Limited. Anda mesti membaca pernyataan pendedahan produk sebelum membeli perkhidmatan tersebut. Hutchison Travel Limited menafikan semua tanggungjawab dan semua liabiiti yang berhubung dengan perkhidmatan Ekspres Lapangan Terbang.